Sukan

Kelantan bukan calang – calang

Ketua jurulatih Petaling Jaya (PJ) City, P. Maniam, melabel Kelantan mampu mengecewakan mereka sekiranya tidak mengambil mudah pertemuan di tempat sendiri, Jumaat ini.

Maniam menggesa anak buahnya berwaspada dengan lawan seterusnya, meskipun berstatus pasukan daripada saingan Liga Perdana.

PJ City kini membvru tiga mata sulung dalam saingan Piala Malaysia Kumpulan D apabila sekadar meraih satu mata selepas dua perlawanan.
“Piala Malaysia ini berbeza dan mereka sememangnya layak bersaing contohnya Kelantan.

“Mereka mempunyai pemain yang bagus, hantaran dan penguasaan.”Penyokong mereka akan membantu mereka untuk bermain dengan bagus, jadi bukan senang untuk men3ntang mereka malah Kelantan mempunyai sejarah yang bagus (dalam Piala Malaysia),” katanya di Nadi Arena.

Maniam juga pula merencana barisan terbaik dengan mengambil kira situasi kecergasan beberapa anak buahnya.
“M Tamilmaran masih dalam kec3deraan dan perlu beberapa minggu lagi untuk kembali.

“Darren Lok masih mengalami kec3deraan ringan tetapi akan mula menyertai latihan esok. Rajes (Perumal) dan Leslee (Jesunathan) pula masih tercedera.”Bukan senang untuk kalahkan mereka dan mereka sebuah pasukan yang bagus sebelum ini,” kata Maniam.