Malaysia berpeluang muncul sebagai pendahulu Kumpulan J selepas aksi pertama pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2022 membabitkan Thailand berdepan Mongolia berakhir dengan keputusan 1-1.

Keputusan seri itu pasti memberikan suntikan motivasi terbaik dalam misi meraih kemenangan buat skuad bimbingan Brad Maloney yang akan berdepan Laos, jam 3 petang ini.

Beraksi di Stadium MFF, perlawanan seimbang ditunjukkan selepas kedua-dua pasukan masing-masing dapat melakukan beberapa percubaan tepat ke arah gawang gol lawan.

Bagaimanapun, Thailand terlebih dahulu mendahului seawal minit ke-11 menerusi penyudah Jakkit Palapon.

Bersambung babak kedua, kesilapan Thailand yang kehilangan bola dalam kawasan sendiri dihukum Mongolia apabila percubaan jarak jauh Baljinnyam Batbold pada minit ke-75 menerjah gawang Thailand.

sumber:- BH

Thailand cuba mengasak untuk membvru gol kemenangan namun keputusan kekal 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.