Sukan

Kedah Darul Aman atasi JDT pasukan paling cepat ‘panas’

Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) muncul pasukan paling cepat ‘panas’ dalam dua perlawanan Piala Malaysia yang sudah pun berlangsung setakat ini.

Berdasarkan statistik bagi pasukan paling banyak mel3dak gol dalam tempoh 15 minit perlawanan, skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu mengungguli carta dengan dua gol yang berjaya dihasilkan ketika pasukan lawan masih tercari cari rentak permainan.

Pemain sayap Lang Merah, Syazwan Zainon meledak gol pertama pada minit ke-14 ketika membantu pasukan itu merakam kemenangan besar 3-0 ke atas Kelantan United pada aksi pertama Kumpulan C sebelum ini.

Mereka juga mel3dak gol seawal minit ketujuh menerusi Kpah Sherman ketika berdepan Melaka United (MU), namun jaringan awal jelas tidak menjanjikan kemenangan buat pasukan terbabit.

Ini kerana mereka dikejutkan dengan kebangkitan MU yang meledak tiga gol sekali gus membolehkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu cemerlang mendahului Kumpulan C dengan enam mata maksimum.

Selain itu, pasukan Liga Perdana, Kuching City FC juga cepat ‘panas’ apabila berjaya mel3dak seawal minit ke-10 menerusi Hudson Dias ketika mereka berdepan pasukan Liga Super, Perak FC.

Bagaimanapun, jaringan awal Hudson itu tidak cukup untuk Kuching City FC meraih mata penuh memandangkan kedua dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-2.

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga tidak kurang hebatnya – hanya tiga minit diperlukan untuk mereka mendahului PJ City FC pada aksi kedua Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim.

sumber:- BH

Jaringan minit ketiga daripada Gonzalo Cabrera itu muncul gol tunggal perlawanan namun ia sudah cukup memberikan kemenangan berharga buat skuad bimbingan Benjamin Mora itu.