Sukan

Kemenangan percuma akan di berikan

Kapten Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abdul Radzak, memohon maaf kepada seluruh penyokong skuad Jang itu apabila mereka terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

Ia gara-gara kes penularan virvs C0VID-19 dalam kalangan pasukan itu, yang melibatkan 20 pemain dan empat pegawai. Arena bola sepak negara hari ini dikejutkan dengan perkhabaran mengenai penularan koronavirvs dalam skuad Negeri Sembilan.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang diterbitkan, kelab itu mengesahkan bahawa empat pegawai dan 20 pemainnya dijangkiti virvs berkenaan dan perlu menjalani pengasingan di rumah dan dipantau pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kelab itu menegaskan, keputusan penarikan diri itu adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak dan ia turut mengambil kira nasihat yang diberikan doktor pasukan.

Zaquan Adha, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata: “Kami sedar ramai penyokong mahu datang ke stadium tetapi apabila sudah dibenarkan ke stadium, kami pula tidak dapat meneruskan saingan dalam Piala Malaysia.

Berdasarkan peraturan baharu ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), sekiranya terdapat kes p0sitif C0VID-19 dalam mana-mana pasukan dan jika keseluruhan individu dalam pasukan itu diarah kuarant!n, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

“Tetapi, saya sebagai wakil kepada semua pemain, memohon maaf kepada semua penyokong yang tidak dapat ke stadium.”Ini bukanlah kehendak kami sebagai pemain tetapi saya rasa kali ini bukan rezeki kita untuk meneruskan saingan Piala Malaysia.”Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini dan kami berharap dapat terus memberikan saingan musim depan,” katanya.