Sukan

Tuah berjaya ‘terbang’ ke Ulaanbaatar,

Tuah ternyata milik pemain Terengganu FC II (TFC II), Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar apabila berjaya ‘terbang’ ke Ulaanbaatar, Mongolia bersama skuad Bawah 23 tahun (B-23) malam tadi.

Pemain berusia 21 tahun itu yang boleh beraksi di posisi sayap kanan dan kiri serta pertahanan sebelum ini dipanggil menjalani kem latihan bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim III (JDT III), Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri yang mengalami kec3deraan.

Sejujurnya saya tidak menduga terpilih menyarung jersi skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Asia B-23 lebih-lebih lagi kurang seminggu berada dalam kem latihan bagi menggantikan pemain yang c3dera.

Dengan pemilihan ini saya bersyukur kerana masih diberi peluang menyarung jersi skuad kebangsaan buat kali pertama, terima kasih kepada barisan kejurulatihan pasukan negara yang diketuai Brad Maloney kerana memberi kepercayaan kepada saya.

“Tidak lupa juga barisan kejurulatihan TFC II yang diketuai Badrul Afzan Razali yang memberikan lebih minit permainan kepada saya dalam aksi Liga Perdana musim,” katanya ketika dihubungi.

Sepanjang saingan Liga Perdana musim ini, pemain kelahiran Kuala Lumpur berketinggian 1.69 meter itu berjaya meledak dua gol ketika pasukannya menumpaskan Skuad Projek FAM/MSN dan Kuching City FC (KCFC).

Malah pemain skuad The Turtles itu juga berjaya meledak satu gol ketika menyarung jersi skuad B-23 pada aksi persahabatan menentang Kedah Darul Aman FC (KDAFC) Isnin lalu yang berkesudahan pasukannya memalukan skuad Lang Merah itu 2-0.

sumber:- HM

Mengulas lanjut, Azfar yang bakal beraksi di posisi pertahanan kanan mengharapkan dia diberi peluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan.