Sukan

Ranking FIFA terkini skuad Malaysia

Skuad Harimau Malaya jatuh satu anak tangga dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan kemas kini terbaharu badan induk bola sepak dunia itu hari ini, skuad kebangsaan berada di kedudukan ke-155 dunia, berbanding 154 pada 16 September lalu.

Belgium dan Brazil kekal di kedudukan teratas dan kedua dalam ranking dunia, manakala Perancis dan Itali berjaya naik ke tangga ketiga dan keempat.

Bagi ranking dalam kalangan negara Asia, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe berada di kedudukan ke-30 dengan Iran, Jepun dan Australia mengungguli kelompok tiga teratas.

sumber:- BH

Sementara itu, untuk kedudukan negara di rantau Asia Tenggara, skuad Harimau Malaya berada di belakang Vietnam (98), Thailand (117), Filipina (127) dan Myanmar (145).