Sukan

Tiada Arif tiada Masalah

Jurulatih skuad B22 negara, Brad Maloney, menegaskan skuad akhir 23 pemain ke kelayakan Kejohanan Asia B23 di Mongolia tetap seimbang walaupun tidak disertai bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman dan pemain berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal.

Dalam perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Maloney percaya terhadap kemampuan barisan pemainnya yang turut diperkuatkan pemain SGV Freiburg, Annil Vigneswaran.

Jurulatih dari Australia itu sah tidak menyenaraikan Arif dan Wan Kuzri yang sebelum ini dicanang untuk membantu skuad muda negara dalam kelayakan berkenaan.

Sebaliknya, empat pemain skuad Harimau Malaya iaitu Mukhairi Ajmal, Luqman Hakim, Quentin Cheng dan Hakimi Abdullah kini jadi taruhan Maloney.
“Saya dapat berasakan pasukan ini masih lagi seimbang, kami memiliki beberapa pemain yang boleh turun dalam posisi berbeza dan selepas membuat persiapan yang lama, kami sangat teruja untuk menghasilkan keputusan positif di Mongolia,” kata Maloney.

Skuad muda negara bagaimanapun diselubungi rasa pilu sehari sebelum berlepas ke Ulaanbaatar esok.Ini susulan tonggak tengah, Nik Akif Syahiran kehilangan ayahnya, Nik Mat Yusof yang men!nggal dunia pagi tadi.

Ia amat menyedihkan kerana dia telahpun bersama pasukan agak lama dalam persiapan tetapi buat masa ini, adalah terbaik untuk dia bersama keluarganya,” katanya lagi.

Sementara itu, pertahanan skuad B22 negara, Azrin Afiq, menganggap pemilihannya dalam skuad akhir 23 pemain sebagai sesuatu yang tidak dijangka memandangkan persaingan sengit di posisi pertahanan.

Lantas, pertahanan Selangor FC II itu tekad untuk memberikan aksi terbaiknya andai diberi peluang membarisi kesebelasan utama dalam kempen kelayakan berkenaan.

sumber:- astro arena

“Saya sangat bersyukur kerana mendapatkan tempat dalam pasukan ini, saya berasakan persaingan amat sengit bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama tetapi saya akan berusaha bagi memastikan yang terbaik untuk pasukan jika terpilih beraksi,” kata Azrin.