Sukan

Sebelum ini minta jangan bawa ramai pemain JDT, bila kalah suruh letak jawatan

BEKAS pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail membidas sikap sesetengah peminat yang mendesak agar jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan susulan prestasi hambar pasukan negara dalam beberapa perlawanan terakhir.

Menurutnya, semua pihak perlu berfikiran positif dan rasional dengan perancangan Cheng Hoe untuk cuba menyediakan pasukan terbaik menghadapi saingan Piala AFF Disember ini dan Kelayakan Piala Asia pada Januari tahun depan.

Kita jangan terburu-buru, bila kalah saja nak suruh letak jawatan. Sebelum ini, netizen minta jangan bawa ramai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan coach Tan senaraikan beberapa muka baharu dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini.

Tetapi, apabila kalah coach Tan kena kritik dan netizen minta beliau letak jawatan. Padahal itu juga permintaan netizen yang mahu ramai muka baharu dalam pasukan. Kalau macam tu, suruh netizen jadi jurulatih dan kita tengok menang atau tidak pasukan Harimau Malaya.

“Apa yang sedang dibuat oleh coach Tan sekarang adalah beliau sedang membentuk satu pasukan yang solid untuk menghadapi pertandingan sebenar. Kita kena rasional dan jangan apabila kalah saja suruh tukar jurulatih,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

sumber:- SH

Skuad Harimau Malaya dikritik susulan aksi kurang memberangsangkan pada Pusingan Kedua Kelayakan Piala Asia 2023 dengan merekodkan hanya satu kemenangan dan dua kekalahan di Dubai Jun lalu.