Sukan

Memang dalam perancangan FAM

Kelonggaran dalam menjalani aktiviti sukan selain beberapa sekatan akibat pand3mik C0vid-19 sudah pun berakhir menyebabkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merancang mengadakan perlawanan persahabatan membabitkan skuad Harimau Malaya dalam dalam tempoh terdekat ini.

Setiausaha Agung FAM Saifuddin Abu Bakar berkata, perkara terbabit dalam perancangan badan induk bola sepak itu dengan perlawanan persahabatan berkenaan berlangsung di dalam negara sekali gus memudahkan pergerakan skuad Harimau Malaya.

Beliau berkata, walaupun masih belum mendapat kata putus termasuk pasukan yang bersedia untuk berentap dengan skuad Harimau Malaya, namun perkara itu diharap dapat dilaksanakan dalam mempersiapkan pasukan kebangsaan untuk mengharungi kejohanan akan datang.

FAM memang ada perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan di dalam negara memandangkan situasi pand3mik C0vid-19 di negara ini menunjukkan penurunan dan kerajaan juga sudah memberi kelonggaran terhadap aktiviti sukan.

Perkara itu akan diperhalusi lagi kerana mahu menyediakan prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pasukan kebangsaan dan luar negara bagi mengekang penularan C0vid-19.

“Kita akan melihat masa yang sesuai namun mungkin pada penghujung tahun ini sebaik tamat saingan Piala Malaysia,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, skuad Harimau Malaya sepatutnya mengadakan perlawanan persahabatan dalam negara pada 30 Ogos hingga 7 September menerusi kaedah gelembung biopervbatan.

Namun perancangan itu terpaksa dibatakan berikutan tidak mendapat sebarang kebenaran atau kelonggaran yang diperlukan untuk pengendalian perlawanan antarabangsa itu.

sumber:- HM

Kali terakhir perlawanan persahabatan membabitkan skuad Harimau Malaya diadakan di negara ini adalah pada November 2019 apabila Malaysia berjaya menewaskan Tajikistan 1-0 menerusi jaringan Safawi Rasid di Stadium Nasional Bukit Jalil.