Sukan

Kedah Darul Aman FC lakar keputusan seri

Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus fokus memantapkan keserasian pasukan melalui tiga siri perlawanan persahabatan termasuk dua bertemu skuad ‘ubi muda’ sebagai persiapan menyambung aksi Piala Malaysia hujung bulan ini.

Aksi berkenan bermula dengan perlawanan menentang skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM Shah Alam pada 15 Oktober, disusuli perlawanan men3ntang skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara di Arena MBSJ Subang Jaya pada 18 Oktober ini.

Sebaik melalui dua perlawanan berkenaan, Kedah juga dijadualkan melengkapkan siri perlawanan persahabatan mereka dalam tempoh rehat ini dengan menentang pasukan Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada 20 Oktober.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata skuad Hijau Kuning kini terus fokus dalam semua aspek melalui perancangan yang diatur bagi memastikan tahap persiapan terbaik dapat dicapai sebelum men3ntang Negeri Sembilan FC di Paroi pada 29 Oktober ini.

Penjaga gol ketiga KDA FC, Muhammad Ilham Amirullah Razali telah beraksi penuh sepanjang 90 minit pada aksi persahabatan men3ntang Skuad Projek FAM-MSN semalam. Aksi tangkas beliau telah menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga percubaan tepat pasukan lawan! KDA FC terikat 0-0.

Tiada gol dihasilkan namun momentum yang dipamerkan diseparuh masa kedua mengawal keseluruhan perlawanan memberi petanda positif pemain-pemain berusaha keras untuk memberi aksi terbaik menjelang aksi ketiga TM Piala Malaysia Oktober ini.

Aksi seterusnya 18 Oktober ini menentang Malaysia B22 di Stadium Sintetik USJ jam 5.00 petang.