Skuad Harimau Malaya harus dibarisi oleh pemain yang benar-benar terbaik supaya dapat membentuk barisan paling mantap sekiranya mendapat pelawaan untuk berentap dengan pasukan yang berada jauh lebih baik pada masa akan datang.
Demikian pandangan pemerhati bola sepak tempatan yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim ketika diminta mengulas mengenai kewajaran skuad kebangsaan untuk men3ntang pasukan lebih kuat selepas tewas besar di tangan Jordan dan Uzbekistan, sebelum ini.
Namun, Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu tetap senada dengan jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah yang mengakui peluang menguji pasukan berada ‘berpuluh tiang’ dengan Malaysia sewajarnya diterima dengan hati yang terbuka.
Bukan selalu kita dapat menentang pasukan kuat. Jadi apabila hadir peluang sebegini, saya berpendapat kita sepatutnya menghantar pasukan terkuat dengan dibarisi pemain yang terbaik dalam saingan tempatan.
“Daripada situ, kita dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan seperti ini. Tetapi kita juga perlu melihat apa sebenarnya matlamat yang ingin dicapai dalam sesuatu aksi persahabatan itu.
Kalau katakan ia untuk persiapan ke Piala AFF ataupun kelayakan Piala Asia, sudah pasti kita perlu menguji barisan pemain terbaik kita ataupun mencari kombinasi yang terbaik untuk digunakan.
Saya tidak mengatakan yang kita rugi kerana tidak menghantar barisan terbaik dalam dua aksi persahabatan sebelum ini kerana barisan kejurulatihan pasti ada rasional mereka yang tersendiri.
“Cuma kalaulah ada lagi peluang berdepan pasukan yang berada dalam ranking 100 terbaik selepas ini, saya harap barisan terkuat dapat dihantar tetapi apapun, ia tetap terpulang di tangan barisan kejurulatihan,” katanya.
Terdahulu, tiada istilah ‘serik’ dalam kamus skuad Harimau Malaya sekalipun dihadiahkan realiti bola sepak dengan kekalahan besar di tangan Jordan dan Uzbekistan dalam dua aksi persahabatan yang berlangsung di Amman, minggu lalu.
sumber:- BH
Ini kerana Cheng Hoe menegaskan mereka akan terus mengintai peluang untuk menguji pasukan yang lebih baik sekiranya memiliki kesempatan berbuat demikian pada masa akan datang.