Sukan

Tiga Pasukan Liga Super berebut Mintah

“Kelibat Jordan Mintah masih diperlukan musim depan,” demikian reaksi ketua jurulatih Terengganu FC II (TFC II), Badrol Afzan Razali.

Sebelum ini penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini dengan 16 gol bersama pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Fernando Rodriguez dirisik tiga pasukan Liga Super bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Jurulatih meningkat naik berusia 45 tahun itu berkata, khidmat pemain kelahiran Ghana itu terus ditagih untuk memperkuatkan jentera serangan skuad The Turtles dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Katanya, pemain berusia 26 tahun itu adalah antara watak penting kejayaan pasukan musim ini sehingga berjaya menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ketiga.

Sejujurnya kami memang mahukan khidmat pemain itu (Mintah) bagi menguatkan jentera s3rangan pasukan selain dia juga boleh membantu pemain tempatan meningkatkan lagi prestasi.

“Tapi terpulang hasil perbincangan pihak pengurusan Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd dengan pemain itu, jika Mintah setuju dengan tawaran yang diberikan pihak pengurusan berkaitan kontrak, kami adalah antara yang paling gembira.

“Namun jika sebaliknya berlaku, saya menerimanya dengan hati yang terbuka selain perlu mengenal pasti pemain yang sesuai untuk diserapkan dalam pasukan lebih-lebih lagi saingan liga kian mencabar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Kemaman itu berkata, beliau sudah berbincang dari hati ke hati dengan pemain berkenaan dan hasilnya positif untuk menyarung jersi TFC II musim depan.

“Selepas berakhir saingan Liga Perdana musim ini, saya sudah bertemu dengan pemain itu dan dia menyuarakan hasrat untuk kekal walaupun mendapat tawaran daripada tiga pasukan Liga Super.

sumber:- HM

“Namun pemain itu belum bersedia membuat keputusan muktamad sebaliknya mahu menumpukan saingan Piala Malaysia terlebih dahulu bagi membantu skuad Terengganu FC (TFC) meraih kejayaan,” katanya.