Sukan

Terengganu FC kehilangan lima tonggak Utama

Terengganu bakal mengasah taji dalam tiga aksi persahabatan sebelum saingan Piala Malaysia kembali bersambung pada hujung bulan ini.

Bagaimanapun aksi persahabatan skuad kendalian Nafuzi Zain itu Kehilangan lima pemain tonggaknya iaitu Faisal Abdul Halim, Hakimi Abdullah, Ariff Fadzilah Abu Bakar, Muhammad Azam Azmi Murad dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

 

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, aksi pertama membabitkan pertemuan dengan Kelantan United FC (KUFC) pada Ahad depan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Aksi kedua pula akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada 22 Oktober juga bertemu dengan KUFC manakala perlawanan ketiga men3ntang Kelantan FC sehari kemudian di Kota Bharu.

“Bagaimana Faisal dan Ariff Fadzilah tidak dapat diturunkan kerana masih dalam tempoh kuarant!n selepas selesai tugasan bersama pasukan negara pada aksi persahabatan men3ntang Jordan dan Uzbekistan di Amman, Jordan minggu lalu manakala tiga lagi pemain iaitu Muhammad Azam, Hakimi dan Nik Akif Syahiran bersama pasukan kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) yang bakal beraksi di Mongolia,” katanya ketika dihubungi.

Namun beliau menjelaskan ketiadaan lima pemain tonggak itu tidak menjejaskan persiapan pasukan sebaliknya ia memberi peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan dan bersaing dalam pasukan.

Bukan kemenangan yang mahu dicapai dalam aksi persahabatan itu nanti, sebaliknya keserasian, persefahaman dan kombinasi terbaik adalah agenda utama selepas lama berehat kerana kalendar antarabangsa.

Selain itu faktor kecergasan pemain begitu penting selepas berehat hampir sebulan tanpa adanya perlawanan kompetitif, jadi aksi persahabatan ini membolehkan jurulatih menilai tahap kecergasan pemain selain memberi minit bermain dalam usaha untuk mendapatkan kecergasan yang maksimum sebelum aksi sebenar nanti.

“Ketiadaan lima tonggak berkenaan juga bakal memberi peluang barisan kejurulatihan untuk menilai persembahan pemain lain dalam mengharungi baki perlawanan Piala Malaysia,” katanya.

sumber:- HM

Selepas dua aksi awal saingan Piala Malaysia Kumpulan B, skuad Penyu kini mendahului carta kumpulan dengan mengumpul enam mata selepas berjaya menumpaskan Kuching City FC (KCFC), 2-0 dan Selangor FC 2-1.