Sekalipun Piala Malaysia pernah dilabel sebagai ‘piala kampung’, beberapa gol cantik dan berkelas dunia berjaya dihasilkan dalam saingan terbabit sehingga berjaya memukau peminat setia kancah bola sepak tempatan.

Bermula dengan jaringan sepakan percuma ‘roket’ pemain Sabah FC, Park Tae Su ketika men3ntang PJ City, sebenarnya ada beberapa lagi gol menarik dapat disaksikan sepanjang dua perlawanan Piala Malaysia setakat ini.

Pada aksi Sarawak United (SU) menentang Penang FC, penyerang import SU, Uche Agba meledak gol lipat pada minit ke-47 untuk membantu skuad The Crocs mencipta kejutan ke atas pasukan ketiga Liga Super itu.

Dua gol menarik turut dihasikan oleh Melaka United (MU) ketika mereka membenam juara Liga Perdana, Negeri Sembilan GC – satu menerusi percubaan jarak jauh Adriano Narcizo (minit 27) dan gol lambung S Kumaahran yang mengelirukan Damien Lim.

Sepakan percuma pemain Kuching City FC, Alif Hasan juga tidak kurang hebatnya apabila singgah ke tiang kiri gol sebelum menerjah gawang ketika seri 2-2 berdepan pendatang baharu Liga Perdana musim depan, Perak FC.

Selain itu, dua gol rembatan jarak jauh turut dihasilkan oleh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pemain MU, Manuel Ott.

R3mbatan jarak jauh Gonzalo Cabrera pada minit ketiga sudah cukup untuk juara bertahan Piala Malaysia itu menewaskan PJ City FC di Stadium Sultan Ibrahim.

sumber:- BH

Sementara rembatan deras Ott dari jarak kira kira 30 meter melemaskan penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA), Ifwal Akmal Chek Kassim untuk membantu mereka mengejutkan naib juara Liga Super itu 3-1 di Stadium Darul Aman.