Sukan

Faisal Halim bukti TFC berjaya

Kelibat pemain sayap Terengganu FC (TFC), Faisal Abdul Halim yang dirisik kelab dari Sepanyol dan Portugal susulan aksi memberangsangkan ketika bersama kem kebangsaan minggu lalu disambut positif pengurus skuad itu, Zulfadli Rozi.

Beliau berkata, perkembangan itu juga membuktikan skuad Penyu berjaya melahirkan pemain berbakat yang bukan sahaja mendapat tempat dalam negara malah juga di luar negara.

Katanya, berita gembira itu mampu membangkitkan semangat baharu kepada pemain kelahiran Pulau Pinang itu, malah sudah pasti membuka peluang kepada pemain lain untuk mengintai peluang berkelana ke luar negara.

Sebagai pengurus pasukan, saya melihat perkara itu daripada sudut positif, malah kami gembira apabila pemain TFC berjaya menarik minat kelab dari luar negara.

Jadi itu petanda positif TFC berjaya melahirkan pemain yang bukan sahaja mampu menyinar bersama skuad kebangsaan dan TFC, malah juga kelab luar negara.

“Saya harap berita gembira itu dapat memberikan tonik dan motivasi yang baharu kepada Faisal supaya terus konsisten memperagakan aksi terbaik bersama TFC sepanjang saingan Piala Malaysia sebagaimana aksinya ketika bersama Harimau Malaya minggu lalu ketika men3ntang Jordan dan Uzbekistan.

“Selain itu saya juga meletakkan harapan tinggi sekiranya dia berjaya dipikat kelab luar negara, ianya turut menjadi pemangkin semangat kepada pemain lain meningkatkan lagi corak permainan mereka bersama pasukan,” katanya ketika dihubungi.

Faisal yang sudah mel3dak empat gol pada aksi liga dan satu gol saingan Piala Malaysia musim ini memulakan kariernya bersama Pulau Pinang pada 2015 sebelum dipinang Pahang setahun kemudian.

Bekas pelajar SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang itu mengikat kontrak selama dua musim bersama TFC sehingga tahun depan.

sumber:- HM

Sementara itu Presiden Kelab Penyokong TFC, Mohd Isa Che Ariffin mengharapkan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd melepaskan Faisal beraksi di luar negara jika mendapat tawaran kerana ianya mampu memberi pengalaman berharga kepada pemian itu di pentas antarabangsa.