Terkurung di bilik hotel tidak bermakna pemain skuad kebangsaan boleh ‘goyang kaki’ sepanjang mengharungi tempoh kuarant!n selama 14 hari selepas pulang dari tugasan antarabangsa di Amman, Jordan.
Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memaklumkan barisan anak buahnya masih menjalani latihan secara gelembung sekalipun dalam kuarant!n sebelum pemain dilepaskan untuk mengharungi kempen Piala Malaysia bersama pasukan masing masing.
“Walaupun menjalani kuarant!n, kita ada sesi latihan secara gelembung. Kita perlu kekalkan tahap kecergasan setiap pemain. Kita tidak boleh biarkan pemain duduk di hotel sahaja, jadi sebab itulah kita tetap adakan sesi latihan,” katanya.
Selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia nanti, pemain kebangsaan akan dihimpunkan kembali sebagai persediaan berdepan dua misi penting pada Disember dan Februari tahun depan.
Menanti mereka pada Disember ini adalah saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura yang menyaksikan Malaysia yang turun selaku naib juara edisi lalu diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Vietnam ; Indonesia, Kemboja dan Laos.
sumber:- BH
Selepas ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu, mereka akan meneruskan misi pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 dijangka berlangsung, Februari ini. Berdasarkan kedudukan ketika ini, Malaysia dijangka berada dalam Balang 3 untuk undian bagi pusingan kelayakan terbabit.