Pasukan Kelantan FC mengesahkan sudah menamatkan kontrak pemain tengah mereka, Mario Arques bagi menghadapi baki saingan Piala Malaysia musim ini.

Perkembangan itu diumumkan skuad The Red Warriors (TRW) menerusi kenyataan ringkas di laman media sosial rasmi kelab dengan kontrak Arques ditamatkan atas faktor kec3deraan selain perlu pulang ke Sepanyol kerana urusan keluarga.

Mario Arques mengalami kec3deraan dan sudah ditamatkan kontrak pada Oktober 2021, kebetulan ayahnya sedang mengalami jangk!tan C0VID-19 dan perlu pulang ke Sepanyol dengan segera.

“Kami mendoakan semoga beliau segera s3mbuh dan mengharapkan hubungan baik antara TRW Kelantan FC dan Mario Arques terus berkekalan,” kata kenyataan Kelantan FC.

Pemain berusia 29 tahun itu menajdi antara tonggak terbaik Kelantan FC musim ini dan membantu TRW menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan keenam, sekaligus mara ke saingan Piala Malaysia.

Selepas mengharungi dua perlawanan dalam Piala Malaysia, skuad itu yang kini dikendali Reezal Zambery Yahya berada di kedudukan terbawah Kumpulan D.

sumber:- BH

TRW mengumpul satu mata selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan Sabah FC selain tewas 0-2 di tangan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama.