Sukan

Bekas Kapten JDT terus bawa aura Juara

Berjaya di bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), berjaya di Lion City Sailors.

Kejayaan menjulang trofi dalam saingan liga tertinggi tanah airnya setelah pasukan yang disertainya iaitu Lion City Sailors berhasil mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir liga .

Selepas merangkul deretan trofi kejuaraan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), bekas kapten, Hariss Harun menambah koleksi trofi dalam kancah Liga Premier Singapura (SPL) pula.

sepanjang beraksi bersama JDT, Hariss merangkap pemain skuad kebangsaan Singapura telah meraih 6 kejuaraan Liga Super, 5 trofi Piala Sumbangsih serta satu kejuaraan Piala AFC, Piala FA dan Piala Malaysia masing-masing.

Kemenangan 4-1 ke atas Balestier Khalsa itu memadai untuk menamatkan saingan SPL musim ini selaku juara mengatasi pasukan satelit dari Jepun, Albirex Niigata Singapore yang berada di tangga kedua dengan perbezaan dua mata.

Tidak dilupakan, pemain tengah berusia 30 tahun ini turut merangkul kejuaraan Liga Super pada tahun 2013 ketika beraksi bersama pasukan jemputan, Lions XII dalam saingan Liga Malaysia.

Sebagai rekod, Hariss menyertai kelab ‘kaya’ yang berpangkalan di Singapura itu pada bulan Mei lalu. Kelab yang asalnya bernama Home United ini dijenamakan sebagai Lion City Sailors apabila ahli perniagaan, Forest Li mengambil alih pemilikan pada tahun 2020.

kejuaraan liga ini merupakan yang pertama diraih Lion City Sailors setelah diambil alih Forest Li pada tahun lalu.

sumber:- sportmalaya.com

semoga Hariss Harus terus berjaya dalam dunia bola sepak.