Sukan

Punca Utama Skuad Malaysia tewas mudah — Jamal Nasir

Benteng pertahanan yang agak longgar menjadi punca utama skuad Harimau Malaya tewas mudah 1-5 ke atas Uzbekistan pada aksi persahabatan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, semalam.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, pasukan negara tidak mungkin tewas dengan jaringan besar sekiranya pemain pertahanan dapat beraksi dengan baik sepanjang 90 minit permainan.

Menurutnya, jentera s3rangan lawan seolah-olah bijak menghidu kelemahan pertahanan Harimau Malaya terutama menerusi hantaran bola tinggi, mereka banyak melancarkan s3rangan dari sebelah tepi.

Saya juga dapat melihat bahagian tengah dan jentera s3rangan agak kurang menyerlah hingga gagal mencetuskan gerakan merb@haya ke kubu lawan, mereka seolah-olah terlalu sukar untuk mengatur masuk ke kubu lawan.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan saya dapati anak buah jurulatih Tan Cheng Hoe tetap mampu beraksi dengan baik dan berkesan sepanjang perlawanan walaupun mereka tewas kepada Uzbekistan,” katanya.

Jamal Nasir berkata, apa yang diharapkan barisan pemain negara dapat menjadikan dua kekalahan perlawanan persahabatan kali ini sebagai kayu pengukur prestasi masing-masing sebelum turun pada kejohanan sebenar nanti.

Tambahnya, tewas pada dua perlawanan tidak bermakna episod sama berlaku pada kejohanan sebenar nanti, pengalaman tewas mungkin boleh dijadikan sandaran untuk membaiki setiap kelemahan yang ada.

Saya yakin jurulatih (Cheng Hoe) sudah dapat merumuskan punca skuad Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Jordan dan 1-5 pada Uzbekistan, hasilnya dapat digunakan untuk membaiki setiap kelemahan yang ada.