Sukan

Aksi gelecekan De Paula boleh sebabkan Neymar menangis

Skuad Harimau Malaya menampilkan rentak permainan lebih bertenaga apabila berdepan Uzbekistan dalam aksi persahabatan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan pada Sabtu.

Biarpun tewas 1-5, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu tampak lebih garang dan berani berdepan lawan berbanding ketika pertemuan men3ntang Jordan yang menyaksikan mereka kalah 0-4.

Dalam aksi menentang Uzbekistan, Cheng Hoe membuat lima perubahan dalam kesebelasan utama dengan menyenaraikan Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar, Kenny Pallraj, Hakimi Abdullah dan Luqman Hakim Shamsudin.

Namun, berdepan Uzbekistan – pasukan yang menghuni ranking ke-84 dunia serta dibarisi dengan deretan pemain berkualiti, bukan satu tugas mudah buat Harimau Malaya.

Malah, dua tonggak Uzbekistan – Farrukh Sayfiev dan Jaloddin Masharipov nyata menjadi ancaman besar buat anak-anak buah Cheng Hoe apabila mereka dilihat sebagai penggerak dalam merencana jaringan ke kubu Harimau Malaya.

Uzbekistan memperoleh gol pembukaan apabila hantaran lintang Sayfiev disudahkan dengan baik Dostonbek Khamdamov pada minit ke-17.

Masharipov menjadi ‘arkitek’ di sebalik gol kedua Uzbekistan apabila berjaya memperdayakan Kenny Pallraj sebelum bola hantarannya ditanduk masuk Khamdamov pada minit ke-29.

Berselang empat minit kemudian, Uzbekistan menambah gol ketiga apabila giliran Husain Norchaev pula menyudahkan hantaran lintang Sayfiev.

Tersentak dengan tiga gol Uzbekistan, Cheng Hoe memasukkan striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad menggantikan Hakimi bagi menambah sengat di jentera s3rangan Harimau Malaya.

Hasilnya, menerusi satu s3rangan balas yang dilancarkan pertahanan kanan, Rizal Ghazali, Harimau Malaya berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi Baddrol Bakhtiar pada masa kec3deraan babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Uzbekistan tampak masih bernafsu membvru jaringan sebelum gol keempat terhasil apabila Ibrokhimkhalil Yuldashev menyudahkan hantaran Masharipov pada minit ke-68.

Kemasukkan striker naturalisasi negara, De Paula jelas membuat peminat Harimau Malaya bengang dengan di umumkan saja nama De Paula, penyokong terus malaungkan ejekkan dengan menyorak nama De Paula.  semakin hari semakin meluat dengan aksi Guilherme De Paula Lucrecio bersama skuad kebangsaan ramai mempertikaikan kenapa pemain tersebut masih lagi dipanggil untuk perlawanan persahabatan men3ntang Jordan dan Uzbekistan.

Langsung tiada impak dari Guilherme De Paula Lucrecio selepas masuk ke padang, masih malas dan tidak memberi sumbangan seperti biasa.Namun dipenghujung perlawanan atau lebih tepatnya pada minit ke-89, Guilherme De Paula Lucrecio telah melakukan satu aksi penuh super ajaib. Aksi gelecekan yang sangat licik yang boleh menyebakan Neymar menangis mendapat sorakkan ejekkan yang jelas daripada penyokong.

Penyokong dilihat sangat berharap tiada lagi kelibat ‘model baju’ dalam sekuad negara. Merujuk kepada De Pauala yang lebih gemar berjalan dan tidak menyebabkan baju beliau kotor.

Pada penghujung perlawanan, gawang Harimau Malaya yang dikawal Khairul Fahmi sekali lagi bocor hasil jaringan pemain gantian Uzbekistan, Azizbek Amanov.