Sukan

Rindu Aura Final

Final Piala Malaysia 2018 menjadi kenangan paling manis buat pertahanan Perak FC, Amirul Azhan Aznan sambil mengharapkan kejayaan seperti itu mampu diulangi sekali lagi pada musim akan datang.

Mengakui mungkin sukar untuk pasukannya mara ke final pada musim ini, tetapi melihat kepada prestasi semasa The Bos Gaurus dalam dua perlawanan awal Piala Malaysia tempoh hari, ia boleh dianggap satu pencapaian baik andai mereka mampu mara sehingga ke pusingan suku akhir.

Azhan bagaimanapun percaya Perak akan kembali bangkit pada musim hadapan selepas bergelut dengan pelbagai cabaran pada tahun ini hingga tersingkir ke Liga Perdana.

Dia yang beraksi bersama Perak sejak 2016 menyifatkan motivasi barisan pemain semakin baik untuk cuba m3ncabar l@wan di pentas Piala Malaysia dan enggan jadikan pencapaian di saingan Liga Super musim ini sebagai kelemahan.

Secara peribadi, memang saya rindu untuk rasa balik aura final 2018 dan kalau saya imbau balik kenangan itu, memang cukup indah dan sentiasa terpahat dalam hati.

Tetapi, semua tahu macam mana kami cukup bergelut untuk bersaing pada musim ini. Jadi bagi saya, kalau mampu melepasi ke suku akhir pun sudah memadai untuk kami.

Saya boleh katakan tidak semestinya kalau kami lemah di saingan liga, kami juga akan lemah di Piala Malaysia. Apa-apa sahaja boleh berlaku dan mungkin Perak akan mampu beraksi lebih baik dalam kejohanan ini untuk sekurang-kurangnya ke suku akhir.

ā€œPiala Malaysia ini mempunyai aura yang lain daripada lain. Jadi kadang-kadang kita tidak boleh nak jangka apa yang akan berlaku dan saya harap apa yang kami akan capai dalam kejohanan ini dapat beri lebih semangat untuk pasukan,ā€ katanya.

Sumber : BH

Selain itu, pemain berusia 28 tahun ini berkata, pengendali Shahril Nizam Khalil sudah menyediakan perancangan rapi untuk barisan pemain termasuk mengadakan dua aksi persahabatan dalam masa terdekat sebelum Piala Malaysia kembali bersambung pada 29 Oktober ini.