Menyedari betapa besarnya ujian yang bakal ditempuhi skuad Harimau Malaya apabila turun men3ntang Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan malam esok, perubahan besar dari segi taktikal bertahan akan digunakan bagi memastikan gawang negara tidak mudah dibolosi.

Pendekatan itu dikongsikan pengendali negara, Tan Cheng Hoe yang mengakui sedar ketajaman jentera s3rangan Uzbekistan diterajui pemain berpangkalan di Eropah terutama pemain AS Roma, Eldor Shomurodov.

 

Kalau kita lihat dari segi s3rangan keseluruhan Uzbekistan memberi kita satu gambaran yang mereka mempunyai serangan terbaik…barisan s3rangan seperti pemain yang beraksi di AS Roma dan dua hingga tiga pemain lagi beraksi di luar negara.

Memang nampak ada kelebihan dan juga ada kualiti tersendiri, itu sebab untuk perlawanan esok kita perlu lebih fokus kepada pertahanan supaya kita tidak dibolosi dengan gol besar daripada individu.

“Kita juga perlukan kerjasama berpasukan terbaik untuk menghalang pasukan Uzbekistan menjaringkan gol, pada masa sama kita perlu meny3rang juga untuk memberi tekanan kepada pihak lawan,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Aksi berdepan pasukan di ranking ke-84 dunia itu yang keenam sejak 1994 dan dalam lima pertemuan sehingga kini menyaksikan skuad negara gagal meraih sebarang kemenangan dengan tewas besar 0-5 sebanyak dua kali iaitu pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima dan Piala Asia di Kuala Lumpur pada 2007.

Manakala tiga lagi aksi turut tumbang dengan jurang besar iaitu dalam aksi persahabatan pada 1999 tewas 0-3 dan Kelayakan Piala Asia 2011 tewas 1-3 di Kuala Lumpur dan Tashkent.

Jelas Cheng Hoe, beliau turut membayangkan kemungkinan merehatkan striker naturalisasi negara, Guilherme de Paula dengan Syafiq Ahmad dijangka mengisi posisi s3rangan. Malah, bahagian tengah juga berdepan pertukaran pemain apabila tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz mengalami kec3deraan ringan ketika aksi men3ntang Jordan Rabu lalu.

“Kita masih lagi menilai dari segi taktikal Uzbekistan. Kemungkinan kita ada set berbeza, di mana Nazmi Faiz pun mengalami kec3deraan tapi kita akan lihat sama ada Nazmi sempat pulih 100 peratus menjelang esok atau tidak. Kalau dia c3dera kita akan tukar dengan pemain yang mampu menggantikannya juga,” katanya.