Sukan

Uzbekistan jadi kebangkitan skuad negara

JANGAN kalah tanpa melawan, skuad Harimau Malaya!. Selepas prestasi kurang memberangsangkan pada kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, peminat bola sepak tempatan sekali lagi dikecewakan dengan mutu persembahan pasukan bola sepak negara bimbingan Tan Cheng Hoe.

Kekalahan kepada Jordan 0-4 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada Rabu, menunjukkan bagaimana prestasi Malaysia yang secara beransur-ansur meningkat naik sepanjang tahun 2019, terus merosot sejak pand3mik C0vid-19 melanda dunia pada awal tahun lalu.

Skuad Harimau Malaya yang dibarisi sebahagian besar pemain utama hanya tewas 0-1 di tangan Jordan dalam pertembungan terakhir kedua-dua pasukan, pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ogos 2019.

Bagaimanapun, faktor ketiadaan pemain tonggak untuk memperkuatkan pasukan kali ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan ketara pasukan negara, yang didedahkan Jordan pada aksi di Stadium King Abdullah II di Amman, itu.

Seramai tiga pemain iaitu kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan penyerang Guilherme De Paula daripada skuad yang menewaskan Thailand 1-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Jun lepas, diturunkan bertemu Jordan.

Pada aksi Rabu, kepincangan di bahagian tengah dan pertahanan negara yang dilihat jelas tiada persefahaman yang baik, telah membuka peluang kepada kapten Jordan Odai Al-Saify mencetak nama sebagai penjaring sebelum Odai Al-Saify melengkapkan jaringan hatriknya.

Jentera s3rangan negara diketuai De Paula juga perlu mengambil tanggungjawab, bukan sahaja kegagalan mer0bek gawang pasukan di ranking ke-93 dunia itu, malah tidak berjaya mencipta gerakan berb@haya yang mengundang cemas pihak lawan di dalam kawasan mereka.

Jika alasan ketiadaan pemain tonggak dianggap relevan, maka ia bermakna terdapat jurang prestasi yang amat besar antara muka-muka yang sering diberi kepercayaan menyarung jersi negara sebelum ini dan barisan pemain diturunkan pada Rabu.

 

Andaian itu sekali gus menimbulkan persoalan, adakah skuad kebangsaan sebenarnya ketandusan pemain-pemain berbakat yang berupaya beraksi pada intensiti tertinggi menentang pasukan di ranking lebih baik?

Selain itu, persoalan kedua adakah skuad kebangsaan selama ini terlalu bergantung kepada pemain-pemain tertentu, sehingga menafikan peluang pemain lain yang lebih menyerlah sekali gus menjadi punca kumpulan pemain tersebut gagal beraksi dengan baik pada tahap tertinggi?

Meskipun pelbagai persoalan timbul, hakikatnya Cheng Hoe sebagai individu yang diberi mandat untuk meningkatkan mutu permainan skuad kebangsaan lebih mengetahui apa yang sedang dilakukannya, malah beliau sendiri tidak meletakkan tekanan kepada pasukannya kali ini untuk mencipta kemenangan.

Selepas Jordan, Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan melengkapkan siri aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Uzbekistan (ke-84 dunia) di Stadium Antarabangsa Amman, Sabtu ini.

Selepas melihat pasukannya mudah ‘dikerjakan’ Jordan, Cheng Hoe perlu menampilkan kesebelasan terbaik berdepan Uzbekistan dengan mengambil kira semua aspek, termasuk melihat impak memberikan peluang kepada pemain muda terhadap kemajuan pasukan negara pada masa hadapan.

sumber:- SH

Skuad Harimau Malaya akan bersaing merebut kejuaraan Piala AFF 2020 yang dijadual berlangsung di Singapura pada Disember ini, sebelum menyambung misi memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 pada pusingan ketiga kelayakan kempen itu tahun depan. – Bernama