Sukan

Irfan Zakaria dedah punca kekalahan Malaysia

Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Irfan Zakaria, mengakui ada kesilapan daripada segi komunikasi yang berlaku dan lebih p@rah perkara itu bijak digunakan pihak lawan sehingga menjurus kepada kekalahan 4-0 kepada Jordan dalam aksi persahabatan di Amman, semalam.

Tiga kesilapan individu yang berlaku sehingga Jordan mudah mengambil kesempatan yang membawa kepada tiga bolos selain satu jaringan yang berpunca daripada s3rangan balas dalam aksi yang berlangsung di tadium King Abdullah II.

Situasi itu tidak disangkal, Irfan Zakaria mengakui ada kesilapan daripada segi komunikasi dan salah perkiraan ketika cubaan untuk menghalang asakan Jordan akhirnya memakan diri.

sumber:- astro arena

“Sejujurnya kami tidak berpuas hati dengan kekalahan ini kerana tewas dan dibolosi banyak jaringan, kami akan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan sebelum perlawanan seterusnya,” kata Irfan.