Sukan

De Paula masih relevan

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, masih mahu menguji kemampuan striker naturalisasi, Guilherme De Paula.Menerusi perkongsian dengan wartawan Astro Arena, fina nasrom, de Paula memerlukan ruang untuk membuktikan dia relevan bersama skuad negara.

Tidak hairan pemain itu kekal berada dalam perancangan kesebelasan utama menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Jordan walaupun ramai mengkritik aksi De Paula ketika kelayakan Piala Asia Jun lalu.

Cheng Hoe menegaskan aksi Jun lalu terlalu awal untuk dijadikan pengukur kepada sebenar keberkesanan De Paula dan dia turut menjelaskan pemain itu bakal turun selaku striker utama men3ntang Jordan malam ini.

“Kami akan menurunkan De Paula kerana masa yang telah diberikan sebelum ini tidak cukup dan kami perlu terus memberikan peluang bagi menilai prestasinya,” kata Cheng Hoe.

Selain Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim Shamsuddin sebagai pilihan kedua jentera s3rangan, Baddrol Bakhtiar, kembali menjadi perancang utama skuad negara selepas namanya tercicir daripada skuad negara tempohari.

sumber:- astro arena

“Kualiti kepimpinan yang dimiliki Baddrol menyaksikan pemain muda menghormati kebolehannya dan berharap pengalaman yang dimiliki membuahkan hasil kepada skuad sekaligus keyakinan kepada pasukan menjelang pertemuan dengan Jordan.”