Sukan

Ada benarnya apa yang di sampaikan Aidil Zafuan

“Kesilapan mudah akan ‘bunvh’ kita, jadi saya harap kita dapat kurangkan kesilapan apabila men3ntang Jordan nanti”.

Demikian peringatan yang diberikan ketua pasukan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak buat rakan sepasukan khususnya di benteng pertahanan menjelang aksi getir berdepan Jordan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Raja Abdullah II dekat Amman, Jordan esok.

Jelas Aidil, pengalaman men3ntang pasukan dari rantau Arab ini sememangnya sukar dan mereka cukup pantas menghukum lawan sekiranya meraih peluang terhidang.

Justeru, tonggak pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mahu rakan sepasukan tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh mengundang bah@ya ke kubu negara.

Saya mengharapkan rakan-rakan termasuk diri saya juga apabila berdepan Jordan kita takkan melakukan kesiapan yang banyak.

Kesilapan akan ada dalam setiap perlawanan, cuma kita perlu tidak terlampau banyak melakukan kesilapan. Apabila kita berdepan pasukan seperti ini mereka akan bvnuh kita dengan jaringan terutama di bahagian pertahanan.

“Kita kena fokus dan tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah kerana tugas kita adalah menjaga benteng pasukan dan saya harap kita fokus untuk tidak melakukan kesilapan sebab kalau kita dapat kurangkan kesilapan, kita boleh dapat sekurang-kurangnya seri atau tidak kalah dalam perlawanan itu,” katanya.

Skuad negara yang menduduki ranking ke-154 dunia ketika ini dalam rangka persiapan untuk menghadapi Piala AFF pada Disember ini.

Dua aksi persahabatan bertemu Jordan (ranking 93) esok dan Uzbekistan (ranking 84) pada Sabtu adalah medan penting buat Cheng Hoe menilai barisan pemainnya dengan tujuh muka baharu dipanggil kali ini.

Ditanya mengenai suasana pasukan ketika ini, abang kembar kepada penyerang Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha ini mengakui hubungan pemain baharu dan lama dilihat cukup harmoni walaupun pertama kali digabungkan bersama.

Memang ramai juga muka baharu dalam skuad kali ini, tetapi masing-masing menunjukkan komitmen dan motivasi tinggi dalam latihan.

sumber:- HM

“Saya lihat mereka (tujuh pemain baharu) ingin tunjukkan sesuatu dan cara mereka menunjukkan mereka ingin bermain. Saya rasa mereka nak berikan yang terbaik buat pasukan kebangsaan dalam perlawanan nanti,” katanya.