Sukan

Kelantan Sah buat bantahan Rasmi

Beberapa keputusan pengadil yang didakwa agak meragukan bakal dicabar selepas Kelantan FC secara rasmi menghantar surat bantahan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tindakan lanjut.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan The Red Warriors (TRW) hari ini, surat bantahan itu dikemukakan bagi membolehkan satu siasatan dalaman dapat dilakukan terhadap pengadil yang didakwa gagal mengendalikan perlawanan dengan baik ketika Kelantan FC berdepan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV, pada 30 September lalu.

TRW Kelantan FC sudah menghantar surat bantahan secara rasmi pada 3 Oktober lalu kepada FAM atas tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan dianggap meragukan serta tidak wajar semasa perlawanan di antara pasukan TRW Kelantan FC menentang Sabah FC pada 30 September 2021 di Stadium Sultan Muhammad IV.

“Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap siasatan telus dijalankan serta tindakan tegas perlu diambil terhadap pegawai yang mengendalikan perlawanan itu demi kelangsungan liga bola sepak di Malaysia secara proaktif,” menurut kenyataan itu.

Dalam aksi itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 dengan pengadil dikatakan membuat keputusan salah apabila dua kali memberi sepakan penalti terhadap pasukan Sabah FC.

Pengadil perlawanan iaitu Fitri Makson menghadiahkan dua sepakan penalti masing-masing pada minit ke 32 dan 79 yang kemudiannya disudahkan dengan cukup sempurna oleh Risto Mitrevski yang mengambil sepakan itu dua kali.

sumber:- BH

Dua gol TRW pula dihasilkan Natanael Siringo Ringo minit 38 dan satu lagi menerusi Muhammad Haziq Mohd Subri minit 69.