Sukan

Cheng Hoe pula buka mulut

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bukan ‘ditipu hidup-hidup’, sebaliknya pemain berdarah kacukan, Dion Cools yang beraksi bersama FC Midtjylland sememangnya tidak berada dalam keadaan terbaik susulan kec3deraan yang dialaminya.

Perkembangan itu dimaklumkan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang menyatakan pihaknya tidak memanggil pemain berusia 25 tahun itu bagi membolehkan dia meneruskan tempoh pemulihan bersama pasukan itu sebelum bersedia dengan tugasan yang seterusnya.

Cheng Hoe menjelaskan sekalipun pemain itu diturunkan selama lebih 10 minit ketika aksi Liga Denmark men3ntang AGF semalam, namun itu tidak bermakna dia sudah pvlih sepenuhnya daripada kec3deraan yang dialaminya.

Kita terima maklum balas daripada pasukan di mana dia belum berada dalam keadaan cergas 100 peratus dan masih menjalani pemulihan. Sebab itulah ramai tertanya-tanya kenapa kita tidak panggil Cools kerana pegawai kami sentiasa berkomunikasi dengan pihak atasan pasukan itu.

Dia belum lagi pulih 100 peratus daripada kec3deraan. Walaupun ramai yang menyatakan dia diturunkan semalam tetapi mungkin aksi 10 minit itu adalah sebahagian daripada proses pemulihan yang dilakukan pasukan itu untuk pemain mereka.

“Apa yang penting adalah kita melihat masa depan Cools adalah bersama dengan kita,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Mengulas mengenai justifikasi untuk tidak memanggil pemain berdarah Belgium-Malaysia itu, Cheng Hoe menegaskan keputusan itu perlu diambil meskipun satu kerugian terlepas menggunakan khidmatnya dalam dua aksi persahabatan bertemu Jordan dan Uzbekistan.

Barisan kejurulatihan sudah putuskan untuk tidak memanggilnya supaya dia menjalani proses pemulihan bersama pasukan terbabit. Kita harapkan dia akan pulih sepenuhnya dan kita dapat menggunakan khidmatnya pada masa akan datang.

“Setiap kali kem latihan pusat skuad kebangsaan, kita mahu pastikan yang setiap pemain berada dalam keadaan terbaik 100 peratus dan bebas keced3raan,” katanya.

Terdahulu, penyokong bola sepak tempatan menyifatkan FAM seperti ditipu oleh FC Midtjylland memandangkan Cools yang dikatakan berdepan keced3raan diturunkan selama lebih 10 minit bagi menggantikan Juninho pada aksi Liga Denmark berdepan AGF yang dimenangi pasukannya 4-0.

Situasi ini jelas menimbulkan persoalan memandangkan FAM sebelum ini memberi alasan pemain itu ced3ra sekali gus terpaksa diketepikan untuk kem latihan pusat bagi mengharungi dua aksi persahabatan di Amman, Jordan.