Sukan

Cheng Hoe beri bayangan masa depan isu pemain turun ke laut

Tan Cheng Hoe jelas kecewa apabila pemain pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni gagal melaporkan diri bersama skuad kebangsaan.

Ini selepas pemain berusia 23 tahun itu dikatakan turun ke laut ketika hari beliau dipanggil dan gagal dihubungi.

“Saya rasa ini satu kerugian apabila dia (Shahrul Nizam) tidak bersama dengan skuad kebangsaan,” kata Cheng Hoe .

Untuk (tindakan) seterusnya saya serahkan kepada FAM.

“Tugas saya hanya bawa pasukan, kita tidak dapat hubungi dia, itu yang buat kita rasa kecewa kerana memang kita nak beri peluang kepada Shahrul Nizam.”

Bagaimanapun, jurulatih negara itu tidak menggunakan insid3n itu sebagai satu alasan untuk beliau tidak memanggil Shahrul pada masa akan datang.

Kami barisan jurulatih akan meneliti sama ada dia ada sebab tertentu atau sebagainya.

“Sudah tentu pada panggilan akan datang saya tidak akan pernah ‘stop’ mana-mana pemain, kalau mereka bermain begitu baik dalam Liga Malaysia, jadi tiada sebab untuk tidak memanggil pemain itu.

“Kalau pemain lain boleh menggantikan dia atau lebih bagus, mungkin kita terpaksa melupakan dia.”

Terdahulu, Cheng Hoe mengesahkan hanya 22 pemain dibawa ke Jordan selepas Shahrul gagal dihubungi.

Nama Shahrul antara tiga pemain baharu bagi menggantikan Dion Cools, Syahmi Safari dan Akhyar Rashid.