Sukan

Doakan Hadi Fayyadh

Menurut satu laporan dan nukilan dari Metro Ahad, satu ruangan khas untuk HADI Fayyadh . Beliau berkongsi status terkini perjalanan beliau.

Di ruangan ini saya ingin berkongsi mengenai status fasa pemulihan kec3deraan  (ACL) yang saya hadapi sejak April lalu.

Alhamdulillah, saya di sini berada dalam keadaan yang baik. Saya masih lagi menjalani proses pemvlihan kendiri selepas melalui pemb3dahan kec3deraan ACL dan semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dijadualkan doktor pakar di sini.

Kemungkinan sebulan dua atau Disember ini saya sudah boleh kembali bermain bola semula seperti biasa. Tak sabar rasanya nak bermain semula.

Saya mohon doa daripada semua peminat bola sepak di tanahair. Perasaan rindu untuk beraksi semula itu sentiasa ada apatah lagi untuk mewakili negara.

Selain itu juga, kerinduan terhadap keluarga dan tanah air Malaysia juga semakin menebal. Selepas semuanya beransur pulih Insha-Allah saya akan pulang nanti untuk berjumpa semua.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan bola sepak negara yang akan menjalani perlawanan persahabatan dengan Jordan dan Uzbekistan di Jordan. Semoga semua pemain dapat beraksi dengan baik dan menjaga kesihatan diri sentiasa di sana.

Mesti ramai di kalangan pembaca Harian Metro Ahad ini peminat bola sepak di Malaysia bukan.

Khabar gembira yang saya dengar bahawa ‘pemain ke-12’ iaitu anda semua akan di benarkan hadir ke stadium semula bermula 29 Oktober nanti bagi memberi sokongan kepada semua pemain yang beraksi.

Berita gembira ini besar ertinya bagi pencinta bola sepak yang rindukan aksi secara langsung di stadium. Tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan atas usahanya yang akhirnya membolehkan perkara ini menjadi kenyataan semula.

Tahniah juga kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang sentiasa berusaha untuk memartabatkan sukan di Malaysia.

Saya rasa setakat inilah catatan saya di sini. Saya mengharapkan agar kita semua sentiasa menjaga diri dan orang tersayang supaya kita terhindar dari segala bah@ya yang ada. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam penulisan akan datang.

sumber:- metro Ahad

Sekian, terima kasih semua.