Sukan

Shahrul Nizam tidak hadir lapor diri

Pemain Terengganu FC (TFC), Shahrul Nizam Ros Hasni tidak hadir untuk melaporkan diri bersama skuad kebangsaan, hari ini.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun tidak menyatakan sebab kenapa pemain berusia 23 tahun itu tidak hadir.

Pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar yang hadir melapor diri pula terpaksa digugvrkan selepas disahkan mengalami kec3deraan.

“Pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar yang turut hadir melapor diri, hari ini terpaksa digugurkan selepas pengesahan kec3deraannya manakala pemain Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hasni pula tidak hadir untuk melaporkan diri,” kata FAM dalam kenyataan.

Perkembangan itu menyaksikan hanya 22 pemain berada dalam senarai akhir skuad kebangsaan yang akan berlepas ke Jordan awal pagi esok untuk mengharungi dua aksi persahabatan.

Jumlah itu termasuk dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Dominic Tan dan Luqman Hakim Shamsudin yang akan menyertai pasukan setibanya di Amman, Jordan.

Semalam, FAM mengumumkan Shahrul Nizam bersama pemain Kedah Darul Aman (KDA FC), Muhammad Ariff Farhan Md Isa dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menggantikan tempat Dion Cools dan Syahmi Safari yang mengalami kecederaan.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua aksi persahabatan berdepan Jordan pada 6 Oktober dan Uzbekistan 9 Oktober ini dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung di Amman.

Latihan pusat kali ini sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada 5 Disember hingga 1 Januari.

sumber:- BH

Selain itu, kem latihan itu turut menjadi medan terbaik buat Cheng Hoe menguji pemain dan membentuk skuad mantap untuk Harimau Malaya mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia, tahun depan.