Pengurusan Melaka United FC (MUFC) menyambut baik kebenaran penonton yang lengkap menerima dua dos vaks!n kembali ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Malah pengumuman itu amat dinanti penyokong setia serta pengurusan kelab yang yakin keputusan berkenaan bakal kembali memeriahkan industri sukan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat berkata, kali terakhir skuad terbabit beraksi di hadapan penonton ketika perlawanan Liga Super 2021 menentang PJ City FC di Stadium Hang Jebat pada 9 Mei lalu.

Menurutnya, kehadiran penonton ketika itu amat menggalakkan dan dia yakin peminat bola sepak Hang Tuah merindui untuk kembali menyaksikan perlawanan di stadium sebaik aksi di laman sendiri selepas ini.

Katanya, penyokong jelas nadi pasukan, kehadiran penonton di stadium mampu menyemarakkan semangat pemain pasukan itu untuk sentuhan lebih positif.

Sehubungan itu, kami di MUFC bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada hari perlawanan. Kami akan memastikan semua yang berada di stadium bebas daripada C0vid-19.

Dalam pada itu pematuhan SOP daripada semua pihak juga tanggungjawab bersama dengan hanya penonton yang lengkap vaksinasi dan tidak bergenjala sahaja dibenarkan masuk ke stadium,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, walaupun kos pengoperasian perlawanan meningkat, dia percaya jika penyokong dapat memenuhi stadium dengan kapasiti yang dibenarkan, ia sedikit-sebanyak bakal membantu kewangan kelab.

Justin berkata, pemegang Pas Bermusim (Season Pass) MUFC 2020 juga menggunakan pas terbabit untuk dua perlawanan Kumpulan C TM Piala Malaysia 2021 iaitu MUFC men3ntang Kelantan United FC dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Hang Jebat.

Malah, pihaknya juga akan mengumumkan kaedah mendapatkan tiket perlawanan dalam masa terdekat.

Semalam pemain ke-12 mendapat khabar ceria bakal kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan selepas mereka dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan di stadium mulai Jumaat ini.

sumber:- HM

Perkembangan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.