Sukan

Singapura tuan rumah beri masalah untuk Malaysia

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, tidak berselindung di sebalik kegusaran pasukannya beraksi di padang rumput tiruan menjelang saingan Piala Suzuki AFF di Singapura hujung tahun ini.

Pasukan tuan rumah, Singapura, menyenaraikan tiga stadium, iaitu Stadium Nasional Singapura, Stadium Jalan Besar dan Stadium Bishan bagi kejohanan berpusat itu.

Daripada tiga venue itu, hanya Stadium Bishan menggunakan padang rumput sebenar, sekali gus bakal memberikan kesukaran buat pemain negara untuk membiasakan diri.

Untuk itu, Cheng Hoe berharap barisan pemain yang terpilih dapat memanfaatkan padang sintetik di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menjelang kejohanan itu.

“Ada tiga venue dan jika diberikan pilihan, sudah pasti kami mahu bermain di padang rumput,” katanya kepada wartawan Nadi Arena, Karl Nunis.
“Kerana pemain sudah terbiasa bermain di padang rumput dalam Liga Malaysia.

“Kita tunggu dan lihat. Jika dapat padang tiruan, kami juga perlu bersedia. “Mana-mana pemain pun pasti sukar bermain di atas padang tiruan kerana permukaannya agak keras dan keadaan bola yang amat laju, jadi kami perlu bersedia,” katanya.

sumber:- astro arena

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Vietnam, selain Indonesia, Kemboja dan Laos. Sebelum membuka saingan dengan berdepan Kemboja pada 6 Disember depan, skuad negara terlebih dahulu akan berlepas ke Amman, Jordan pada Sabtu ini bagi aksi persahabatan men3ntang pasukan tuan rumah itu dan Uzbekistan.