Sukan

Rekod Jumpa Kedah memang buruk

Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan, enggan rekod buruk di antara pasukannya dengan Kedah Darul Aman FC dalam dua pertemuan sebelum ini dijadikan ukuran menjelang aksi Kumpulan C, Piala Malaysia di Alor Setar malam esok.

Melaka tewas 1-3 kepada Kedah di laman sendiri sebelum tumbang 1-4 di gelanggang lawan sepanjang dua pertemuan Liga Super.Bagaimanapun, pengendali itu percaya barisan pemainnya mampu memperbaiki segala kelemahan mereka, terutama selepas membenam Negeri Sembilan FC 2-0 dalam aksi pembukaan Piala Malaysia kelmarin.

“Bertandang ke Alor Setar memang akan menjadi satu saingan yang sengit tetapi Melaka United telah membuktikan sesuatu dalam perlawanan pertama (menentang Negeri Sembilan),” katanya kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly.

“Saya harap ia akan diulangi pemain Melaka dengan terus berdisiplin selepas tewas di sini (Alor Setar) beberapa minggu lalu.”Jentera s3rangan Kedah sememangnya yang terbaik dalam Liga Malaysia dan pemain kami juga menyedarinya.

“Kemas kini telah dibuat dan kami harus mempersembahkannya dalam perlawanan men3ntang Kedah ini.”Sepanjang waktu rehat selama dua minggu, kami dapat memperbaikinya sedikit demi sedikit untuk dipersembahkan dalam saingan Piala Malaysia dan dengan apa yang telah dipamerkan dalam perlawanan pertama, memang dapat dilihat peningkatan kami dalam memperbaiki kesilapan-kesilapan ketara,” katanya.