Sukan

Nama Sabah FC tiba – tiba jadi sebutan Dunia

Nama Liga Malaysia (Liga M) dan Sabah FC ‘mendunia’ selepas jaringan sepakan percuma ‘roket’ yang dilakukan Park Tae Su menarik perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi akaun Twitternya, ‘bapa’ bola sepak itu berkongsi jaringan yang dilakukan pemain Korea Selatan itu ketika aksi Piala Malaysia bertemu PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Malah, badan induk bola sepak antarabangsa itu turut meninggalkan komen yang memuji jaringan berkelas dunia terbabit.

Tepukan kepada Park Tae Su! Jaringan roket daripada 40 ela yang terkena palang sebelum memasuki jaring.

“Gol yang pasti menjadi sejarah buat Sabah FC,” kata FIFA.

Jaringan terbabit jelas menarik perhatian pelayar Internet, bukan sahaja dalam kalangan penyokong tempatan tetapi juga pelayar dari luar negara.

Tidak kurang juga ada yang melabel jaringan itu layak untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA.

sumber:- BH

Bagaimanapun, jaringan terbabit tidak mencukupi untuk skuad Tambadau meraih kemenangan apabila diikat tuan rumah 1-1 sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.