Sukan

Normal Kalah kepada pasukan liga lebih bawah

Saingan edisi ke-100 Piala Malaysia bermula dengan kejutan apabila pasukan pilihan, Penang FC — yang menamatkan Liga Super di tempat ketiga musim ini — tewas 1-3 kepada naib juara Liga Perdana, Sarawak United, di Stadium Bandaraya semalam.

Ketua jurulatih Harimau Kumbang, Tomas Trucha, bagaimanapun, enggan berasa cemas dengan kekalahan itu, sebaliknya menganggap kesukaran berdepan pasukan daripada liga bawahan sebagai perkara biasa.

Trucha seperti sudah menduga cabaran yang dilalui pemainnya ketika bertemu Sarawak United dalam perlawanan Kumpulan A itu walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri.

“Saya boleh katakan ia sesuatu yang normal dalam kejohanan piala apabila pasukan daripada liga lebih bawah berdepan pasukan liga atasan, mereka akan bermotvasi dan bersedia,” katanya seperti yang dipetik Nadi Arena.

Malam ini (semalam) bukanlah malam kami, ada beberapa perkara yang tidak berjalan dengan baik.
“Kami perlu bangkit dalam perlawanan berikutnya,” katanya. Selepas terikat tanpa jaringan sepanjang babak pertama, anak buah Trucha gagal menemui rentak permainan dalam babak berikutnya.

sumber:- astro arena

Ia menyaksikan fasa awal separuh masa kedua menjadi igauan paling buruk buat Penang apabila dibolosi tiga gol dalam tempoh 11 minit.
Striker import Sarawak United, Uche Agba, muncul wira apabila mel3dakkan dua gol, yang mengapit jaringan Khair Jones pada minit ke-54, untuk memastikan pasukannya membuka kempen kali ini dengan langkah kanan.