Sukan

De Paula diibaratkan nila setitik

Bukan mahu pertikaikan pemilihan, namun kehadiran pemain naturalisasi Guilherme de Paula dalam skuad Harimau Malaya boleh dianggap sebagai ‘per0sak’ berdasarkan keupayaan dan prestasinya sebelum ini.

Malah, kehadiran pemain berusia 34 tahun itu yang kurang minit perlawanan dalam saingan liga juga dilihat tidak akan menyelesaikan masalah ketumpulan jentera s3rangan skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk barisan pemain mantap.

Pemerhati bola sepak dan juga bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh berkata, pemilihan bekas pemain Perak itu kemungkinan atas faktor ‘terpaksa’ berikutan status individu berkenaan sebagai naturalisasi.

Beliau berkata, de Paula seharusnya membuktikan pemilihannya kali ini adalah berbaloi dan perlu berubah bagi mengelak dikrit!k teruk oleh penyokong bola sepak tanah air.

Saya boleh katakan de Paula jika masih lagi sama prestasinya seperti perlawanan terdahulu, dia ibarat kerana nila setitik habis susu sebelanga apabila kehadirannya akan memburukkan lagi pasukan.

“Hal ini kerana, pemilihan pemain lain kita lihat berdasarkan prestasi dan keupayaan terkini mereka bersama kelab masing-masing. Namun, de Paula ini, sudahlah kurang minit permainan bersama kelab, prestasinya bersama skuad Harimau Malaya sebelum ini juga tidak memuaskan hingga mengundang kecaman pelbagai pihak,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Daripada senarai 24 pelatih, barisan kejurulatihan negara mengekalkan 12 pemain termasuk menyenarai de Paula dari kem latihan pusat terdahulu pada Mei dan Jun lalu iaitu ketika menghadapi baki tiga aksi Kumpulan G, Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Namun, prestasi de Paula dikritik banyak pihak termasuk pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan striker kelahiran Brazil itu tidak sesuai untuk dijadikan ‘harimau import.’

sumber:- HM

Ini kerana, usia pemain itu yang kini mencecah 34 tahun boleh dianggap ‘kuda tua’ sekali gus tidak memungkinkan dia untuk beraksi bagi tempoh jangka panjang bersama skuad kebangsaan.