Sukan

Ronaldo umum mahu tamatkan karier di Manchester United

Cristiano Ronaldo mahu menamatkan kariernya sebagai pemain di Manchester United.

Bintang Portugal itu kemudian berminat menjadi jurulatih di kelab berkenaan sekali gus berpeluang menyaksikan perkembangan anaknya, Cristiano Jr.

Pemain berusia 36 tahun itu menandatangani kontak dua tahun dengan pilihan pada tahun ketiga, Ogos lalu ketika namanya hangat diperkatakan kembali beraksi di Liga Perdana.

Bagaimanapun United dan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer yakin Ronaldo mampu beraksi pada tahap tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Ronaldo kemudian dikatakan berminat untuk memulakan karier dalam bidang kejurulatihan di Red D3vils di mana dia pernah merasai proses pembangunan bersama kelab itu selepas Alex Ferguson menandatanganinya di usia 18 tahun.

Cristiano Jr yang kini berusia 11 tahun, sudah menjalani latihan di United.Dia dilihat gembira ketika menjalani latihan bersama-sama anak pemain tengah United, Nemanja Matic berusia 10 tahun, Filip.

Satu sumber berkata: Ronaldo sudah menyatakan bahawa dia kembali ke United untuk membantu kelab memenangi trofi.

sumber:- HM

“Tapi di dalam fikirannya, dia mahu mahu beraksi selama beberapa tahun lagi. Dia masih berada pada prestasi terbaik dan tiada yang mustahil untuknya.”