Wakil Liga Perdana, Sarawak United FC muncul pasukan pertama melakar kejutan di pentas Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan pasukan tangga ketiga Liga Super, Penang FC 3-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Beraksi di atas padang becak, skuad kendalian E Elavarasan yang juga naib juara Liga Perdana berada di depan hasil jaringan menarik Uche Agba pada minit ke-47.
Khair Jones kemudian mel3dak gol kedua Sarawak United pada minit ke-54 selepas menyudahkan umpanan Sandro Da Silva sebelum Penang merapatkan kedudukan menerusi Al Hafiz Harun, dua minit kemudian.
sumber:- BH
Permainan terus rancak apabila hanya dua minit selepas itu, Agba kembali meletakkan Sarawak United dalam keadaan selesa apabila meledak gol ketiga pada minit ke-58.