Sukan

Situasi Pahang lebih sukar

Tugas getir bakal menanti Sri Pahang FC dalam Kumpulan A pada aksi awal saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula Ahad ini, apabila terpaksa turun beraksi dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan.

Ia diakui pengendalinya, Dollah Salleh yang mahu anak buahnya terus kekal fokus dan beraksi pada tahap terbaik untuk memastikan skuad Tok Gajah tidak terlepas mata dalam kedua-dua perlawanan penting berkenaan.

Pada aksi pertama itu, skuad Tok Gajah akan berdepan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras manakala aksi kedua men3ntang Sarawak United di Pasir Gudang pada Rabu ini. Selain KL City dan Sarawak United, Kumpulan A turut disertai Penang FC.

Saya akui Sri Pahang akan berdepan tugas sukar apabila memulakan saingan Piala Malaysia dengan dua perlawanan di tempat lawan.

“Namun, saya percaya semua pemain dapat beraksi dengan baik untuk menafikan lawan beroleh kemenangan kerana kami tidak boleh kehilangan mata apabila bermain di tempat lawan. Oleh itu saya mengharapkan pemain bijak memanfaatkan peluang yang ada pada dua perlawanan berkenaan,” katanya.

Ditanya perlawanan pertama bertemu KL City di Stadium KLFA, Cheras Ahad ini, Dollah berkata, segala persediaan sudah dilakukan terutama memperkasakan jentera s3rangan skuad itu.

“Saya harap semua pemain dapat mempamerkan persembahan terbaik mereka dan melupakan prestasi kurang memberangsangkan pada saingan Liga Super,” katanya. Pada saingan Liga Super musim ini, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ke-10 dengan himpunan 18 mata.