Sukan

Bekas pemain Kedah berasa lega

Bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof berasa lega kerana pusat pengajian yang ditubuhkannya di Tongkang Yard, Alor Setar setahun lalu kini hampir siap dan boleh digunakan seawal-awalnya bulan depan.Alhamdulillah hampir siap Pusat Pengajian Azmeer Yusof  terbaru di Tongkang Yard, Alor Setar. Insya Allah 3 Oktober ini bermulalah pengajian al-Quran di sini, katanya dalam entri terbaharu di Facebook.Objektif saya untuk PPAY adalah ingin mengajak seberapa ramai manusia untuk balik kepada asal iaitu membaca al-Quran setiap hari walaupun sehari hanya satu muka surat.

Selepas setahun penubuhan PPAY, kini setiap hari hampir 70 orang membaca al-Quran di bawah program PPAY. Ada juga yang sudah khatam walaupun tidak pernah khatam sepanjang hidup mereka. Alhamdulillah.

Azmeer, 31, berkata beliau tidak mengehadkan pengajian kepada golongan kanak-kanak sahaja.Sebut mengenai mengaji al-Quran otak kita akan terlintas untuk kanak-kanak sahaja kan? Walhal al-Quran untuk semua. Hakikatnya kita yang sudah besar panjang ini lupa habis bacaan dan tajwid. Insya Allah sekolah buka nanti saya juga akan buka kelas mengaji semula.

Semoga lebih ramai akan datang untuk mengaji. Percuma sahaja. Dan jika seseorang khatam di bawah PPAY, saya akan bagi ganjaran dalam bentuk wang ringgit. Untung tak? Duit dapat, khatam dapat, pahala pun dapat Insya Allah, katanya.

Selain itu, Azmeer juga lega kerana dapat membuka kembali kedai gunting rambut AY Barbershop di Kompleks Peruda. Kedai gunting itu dibuka setiap hari dari jam 2 petang hingga 7 malam kecuali hari Jumaat.

Siapa yang nak gunting rambut, jangan lupa mai AY Barbershop di Kompleks Peruda ya. Kita kukuhkan semula ekonomi Islam. Ramai datang banyak zakat saya boleh bayar. Ramai sokong banyak manfaat saya boleh buat menerusi duit guntingan itu, katanya.

Azmeer bersara daripada bola sepak hujung tahun lalu selepas beraksi hampir 15 tahun dalam liga tempatan dan selain Kedah, beliau pernah beraksi dengan Kuala Lumpur, Proton, Perak, Pos Malaysia, Negeri Sembilan dan Angkatan Tentera.

sumber:HMetro