Sukan

Kelantan FC tak tunggu lama

Tanpa memberi ruang pemain berehat panjang, persediaan untuk ke saingan Piala Malaysia akan terus dimulakan.

Penolong ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata, selepas kemenangan dalam Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV semalam, pasukannya perlu memulakan persiapan dengan segera untuk berdepan dengan barisan lawan yang dianggap lebih baik.

Bagaimanapun saya tidak boleh memandang rendah kepada pemain saya dan sudah pasti kita akan buat yang terbaik nanti.

“Esok (hari ini) pemain diberikan cuti tapi lusa (esok) akan mulakan balik persiapan secara serius kerana sekarang bukan masanya lagi untuk berehat sebaliknya tumpukan pada permainan dahulu,” katanya kepada pemberita selapas perlawanan akhir Liga Perdana, semalam.

Dalam aksi terakhir Liga Perdana malam tadi, Kelantan FC menundukkan Selangor FC II dengan keputusan 2-1 menerusi jaringan Nurshamil Abd Ghani dan Syed Sobri Syed Mohd manakala jaringan pelawat pula dibuat oleh Nik Umar Nik Azizi menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Rezal Zambery berkata, kemenangan yang diraih malam tadi adalah hasil persembahan yang cukup baik daripada semua pemainnya walau menerima banyak tekanan daripada pasukan lawan.

Menyifatkan kemenangan itu bukan sesuatu yang mudah terutama di separuh masa kedua apabila pelawat mula mendominasi permainan untuk mencari gol penyamaan, beliau melihat kesungguhan pemainnya untuk menghalang cubaan demi cubaan yang dibuat pemain Selangor FC II.

sumber:- HM

“Apa yang membanggakan saya walaupun ditekan oleh pasukan lawan, pemain saya tetap melakukan kerja yang bersungguh-sungguh bagi menghalang tekanan dan boleh dikatakan semua pemain kesebelasan utama dan yang dimasukkan menunjukkan pemainan yang cukup baik,” katanya.