Sukan

Tewas tetap terbaik , itulah JDT

Sekalipun tewas sekali pada aksi di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini, juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pasukan terbaik di laman sendiri dari segi pungutan mata.

Beraksi sebanyak 11 perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, skuad bimbingan Benjamin Mora itu menang sembilan dan terikat dalam satu aksi untuk menghimpun 28 daripada 33 mata yang ditawarkan.

Pasukan kedua terbaik adalah KL City FC yang berjaya mengharungi 11 perlawanan di laman sendiri tanpa sebarang kekalahan sepanjang musim ini. Mereka memenangi tujuh aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, namun cicirkan mata dalam empat aksi untuk menghimpun 25 mata.

Kedah Darul Aman FC pula menghimpun lebih satu kemenangan berbanding KL City FC, namun mereka tumbang sebanyak tiga kali di Stadium Darul Aman sekali gus berpuas hati dengan pungutan 24 mata.

Rekod pungutan mata keempat terbaik di laman sendiri menjadi milik pendatang baharu Liga Super, Penang FC yang menghimpun 19 mata hasil lima kemenangan dan empat keputusan seri. Sabah FC pula meraih 14 mata di Stadium Likas.

sumber:- BH

Melaka United dengan 13 mata dari Stadium Hang Jebat dan Sri Pahang (13 mata) di Stadium Darul Makmur manakala Selangor FC dan PJ City FC yang berkongsi venue di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula meraih 12 mata dengan rekod tiga kemenangan dan tiga seri.