Sukan

Peluang rampas kejuaraan

Ketika kejuaraan Liga Perdana tertumpu kepada Negeri Sembilan FC dan Sarawak United, kejutan bakal dilakukan apabila Terengganu FC II memasang impian untuk turut sama bersaing membvru kejuaraan liga.

Ia susulan kemenangan TFC II yang berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0 pada pertembungan tertunda liga di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), semalam.

Pengendali TFC II , Badrul Afzan Razali sendiri menyatakan keinginan untuk memburu kejuaraan liga tapi dengan syarat Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC tewas pada aksi terakhir, Isnin ini.

Ada peluang untuk kita muncul juara tapi dengan syarat Negeri Sembilan dan Sarawak tewas dan kami harus menang ke atas Kelantan United dengan jaringan banyak kerana ketika ini kami berkelebihan jaringan berbanding dua pasukan di atas dan akan mengumpul 38 mata sama mata dengan Negeri Sembilan.

Apapun itu adalah perancangan dan kami kena yakin kerana dalam permainan bola sepak macam-macam boleh berlaku. Mana tahu kita buat kejutan dan saya yakin pemain TFC II ada keazaman. Jika ada rezeki kita juara tapi kalau tamatkan liga di tangga kedua sudah cukup membanggakan.

“Mengenai kemenangan ke atas pasukan lawan, saya akui permainan pada babak pertama kurang memuaskan selepas pemain bergelut untuk beraksi dalam keadaaan cuaca panas tapi pada babak kedua mereka tampil agresif bagi memastikan tiga mata di bawa pulang,” katanya.

Badrul Afzan juga mengesahkan dua pemain importnya, Jordan Mintah dan Dechi Marcel akan menyertai latihan bersama skuad bimbingan Nafuzi Zain bagi persiapan saingan Piala Malaysia termasuk lima pemain tempatan daripada skuad TFC II.

sumber:- BH

Sementara itu, ketua penolong jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin tetap menaruh harapan pasukan yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim itu masih berkedudukan terbaik untuk menempah slot ke saingan Piala Malaysia musim ini.