Sukan

Siapa sangka itu kali terakhir, Terima Kasih Jin Wei

Meraih pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018, siapa sangka itu kali terakhir Jin Wei berada di kemuncak dunia.Pada usia 15 tahun, Goh Jin Wei, mengg3gar dunia badminton atas nama Malaysia apabila dimahkotakan sebagai juara remaja dunia 2015.

Pertama daripada kalangan bakat wanita negara dan diibaratkan permata Malaysia yang hanya perlu digilap — Pada tahun yang sama Jin Wei buat penampilan dalam Sukan SEA Singapura, memenangi gangsa tetapi turut menyerlahkan belenggu fizikal yang satu hari memaksa dia untuk mengucapkan selamat tinggal.

Tetapi tidak sebelum dia akhirnya merampas emas Sukan SEA di tanah air sendiri, Kuala Lumpur 2017. Dan memahat sejarah pada 2018 apabila memenangi gelaran remaja dunia kedua sebelum meraih pingat emas Sukan Olimpik Remaja.Setiap daripada satu kejayaan itu membawa kepada harga mahal yang perlu dibayar sewaktu Jin Wei menjalani pembedahan membuang usus besar pada 2019.

Rejim latihan dan penampilan kompetetif selepas kembalinya dia semula perlu disulami dengan himpunan ubat-ubatan demi impian mengharumkan nama negara.Sehinggalah tanggal 13 September 2021, pada usia 21 tahun dia terpaksa merelakan perpisahan daripada sukan yang menjadi keghairahannya.

Tubuh kecil berhati besar, Jin Wei nama yang akan kekal bersama setiap rakyat Malaysia.Di samping itu, bekas rakan sepasukan, Soniia Cheah, juga menawarkan pandangan mengenai persaraan Jin Wei.

Soniia bersama Jin Wei dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 2015 sehingga 2020 sebelum Soniia memilih untuk menukar haluan menjadi pemain profesional.

“Selepas saya mendapat perkhabaran persaraan Jin Wei, saya agak terkejut kerana tidak menjangkakan dia akan meninggalkan badminton pada usia yang sangat muda,” katanya.

Ketika saya bersama BAM, saya tidak sebilik dengannya dan tidak mengetahui jenis ubat-ubatan yang perlu dia ambil. Jin Wei juga tidak pernah menunjukkan bahawa dia berdepan kesukaran dan kesakitan yang dihadapi.

sumber:- astro arena

“Dia seorang yang berbeza dan terpaksa mengambil keputusan ini, masalah kesihatan mengekang dia untuk meneruskan dan terpaksa mengambil keputusan yang sangat sukar bagi dirinya sendiri.”