Sukan

Kejutan demi kejutan

Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha, mahu terus melakar kejutan saingan Piala Malaysia 2021.Selaku pendatang baru dalam kancah Liga Super musim ini, Penang melakukan kejutan dalam menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Bagaimanapun, Trucha menganggap kejayaan dilakar tidak bererti barisan pemain boleh memandang rendah terhadap pencabar kumpulan A bersama KL City, Sri Pahang dan naib juara Liga Perdana.

“Kami meletakkan sasaran dalam kelompok enam pasukan terbaik dan selebihnya adalah bonus,” katanya.”Bagi saingan Piala Malaysia, kami mengharapkan sesuatu yang menakjubkan dan mahu menghasilkan keputusan positif.”Setiap pasukan memiliki peluang, semua pasukan telah membuat persiapan bagi memburu slot ke pusingan seterusnya.”