Sukan

Sri Pahang tetap turun yang terkuat

Sri Pahang FC yang kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan tetap menyenaraikan kesebelasan utama apabila berdepan UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, malam esok.

Pengendalinya, Dollah Salleh berkata, keputusan itu bagi membentuk persefahaman mantap sebagai persediaan menghadapi kempen Piala Malaysia.

“Saya tetap menyenaraikan pemain utama berdepan UiTM kerana mahu memastikan Sri Pahang berada pada persediaan terbaik apabila beraksi pada kempen Piala Malaysia.

“Tiada istilah merehatkan pemain utama kerana inilah masanya saya dapat menilai prestasi pemain terutama dari segi persefahaman.

“Jika dilihat corak permainan dan persembahan ketika tewas 1-2 ketika bertemu Penang FC minggu lalu, pasukan sudah mempamerkan peningkatan dan hanya beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Justeru, beliau berkata, skuad kendaliannya itu dapat beraksi pada tahap terbaik untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sri Pahang.

“Bukan sahaja jentera s3rangan perlu lebih berbisa, malah bahagian tengah dan pertahanan juga perlu kekal konsisten sepanjang perlawanan,’ katanya.

Sementara itu, nada sama disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang yang mahu skuad itu mencatatkan kemenangan.

Katanya, kemenangan itu sebagai svntikan semangat bagi menghadapi kempen piala berprestij itu.

sumber:- BH

“Saya harap Sri Pahang menewaskan UiTM malam esok, sekali gus dapat menilai prestasi semasa untuk tampil lebih bagus pada saingan Piala Malaysia musim ini,” katanya.