Sukan

Dua pemain bakal cipta sejarah

Faisal Halim dan Quentin Cheng bakal melakar sejarah tersendiri beraksi kesemua 22 perlawanan musim ini jika diturunkan dalam perlawanan terakhir Liga Super, malam esok.

Ia bakal menjadi satu pencapaian dalam karier masing-masing selepas mereka mengharungi cabaran sukar dalam musim terdahulu, tambahan pula perlawanan itu mampu menjadi penentu slot Piala AFC musim depan.

“Ini adalah satu sejarah untuk diri sendiri kerana beraksi dalam 22 perlawanan. Saya berharap ia berakhir kemanisan menduduki tiga tempat teratas.
“Agak sukar untuk saya kekal dalam 22 perlawanan sebagai pemain tempatan,” kata Faisal yang menghasilkan empat gol musim ini.

Tambah menarik, kedua-dua pemain itu turut menggalas misi penting untuk pasukan masing-masing tatkala mereka juga akan berentap sesama sendiri memandangkan tonggak Terengganu, Faisal, beraksi di bahagian serangan sementara Quentin — yang dipinjamkan daripada Selangor — memperkuatkan pertahanan Penang di Stadium Bandaraya.
sumber:- SA

“Ia bukan mudah untuk beraksi semua perlawanan, saya sangat gembira.”Saya juga berterima kasih kerana mendapat kepercayaan jurulatih, Tomas Trucha, dan saya berharap kami akan meraih tiga mata esok,” kata Quentin yang mencipta lima bantuan jaringan musim ini.