Sukan

Terengganu FC masuh berpeluang

Misi menebus kehampaan selepas tewas pada tiga aksi berturut-turut sebelum ini menjadi agenda utama Terengganu FC (TFC) apabila berdepan Penang FC pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Bandaraya, Ahad ini.

Malah skuad kendalian Nafuzi Zain juga berazam untuk membalas d3ndam kekalahan 1-4 kepada lawannya itu pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak awal Mei lalu.

Justeru bagi memastikan TFC pulang ceria, Nafuzi menuntut anak buahnya memperagakan aksi bertenaga untuk melakar kemenangan ke atas skuad Harimau Kumbang itu bagi mengintai peluang sekurang-kurangnya menamatkan saingan liga di kedudukan ketiga.

Saya akui aksi terakhir liga pada Ahad ini menentang Penang FC pasti berbeza selain bakal menentukan kedudukan terakhir pasukan dalam carta liga.

Jadi saya harapkan pemain mengambil peluang itu dengan sebaik mungkin dengan mempamerkan persembahan terbaik seperti aksi final bagi menebus kehampaan selepas tiga perlawanan kita sia-siakan tanpa mengutip sebarang mata.

Bagaimanapun saya sedar ianya bukan tugas mudah kerana pasti lawan akan menurunkan barisan terbaiknya, tapi kita juga sudah bersedia menghadapi perlawanan itu.

“Rekod tewas pada aksi pusingan pertama dan beraksi di tempat lawan bukannya penentu bagi aksi terakhir itu, Insya-Allah kita juga akan memperbaiki kelemahan yang ada bagi membalas kepercayaan penyokong dengan kemenangan,” katanya.

Berdasarkan kedudukan terkini, TFC mengumpul 37 mata dengan menghuni di kedudukan keempat liga manakala Penang FC ketiga dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kedua dengan berkongsi 40 mata.

Sekiranya TFC berjaya melakar kemenangan dan KDA FC tewas kepada Melaka United, peluang buat skuad Penyu itu masih terbuka untuk menamatkan liga di kedudukan kedua, namun ianya bergantung kepada jumlah jaringan.

sumber: bh

Jika tewas dan Selangor FC berjaya merakam kemenangan ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City), skuad Penyu bakal menghuni di tangga kelima liga.