Striker berb!sa Selangor FC, Ifedayo Olusegun dijangka terus menjadi tumpuan pada perlawanan terakhir Liga Super berdepan Petaling Jaya City FC (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad ini.

Pemain kelahiran Nigeria itu tentunya sudah pasti mahu terus mencetak namanya sebagai penjaring untuk merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super buat musim kedua berturut-turut.

Berjaya memecahkan rekod penjaring terbanyak dalam semusim yang dipegang Mohamad Ghaddar sebelum ini, Ifedayo yang kini mengumpul 25 gol hanya dibezakan dua daripada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva.

Selain membvru Kasut Emas, pemain berusia 30 tahun itu juga pasti mahu membantu Selangor menamatkan musim ini di kedudukan lebih baik kerana jika berjaya menewaskan PJ City dan Terengganu FC pula tewas kepada Penang FC, skuad Red Giants akan naik ke tangga keempat.

Pengendali Selangor, Karsten Neitzel turut berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan Ifedayo dan juga pemain lain terutama dalam beberapa perlawanan terakhir liga.

“Saya sangat gembira dengan Ifedayo, tapi pemain lain beraksi dengan baik dan mencipta peluang untuk Ifedayo (menjaringkan gol).

“Dia (Ifedayo) mel3dak 25 gol dan jika dia dapat beraksi dengan baik pada Ahad ini, Ifedayo akan menjaringkan gol lagi dan saya juga harap dia dapat jaringkan gol,” katanya.

sumber:- BH

Untuk rekod, rekod penjaring terbanyak dalam semusim di Liga Super sebelum ini dipegang Ghaddar selepas mel3dak 23 gol pada 2017.